13 June 2020

MUATNAIK VIDEO KERETA REMUK - BLACK NAFI DIA TERBABIT KEMALANGAN


Berhubung memuatnaik video kereta miliknya yang remuk akibat kemalangan di Instagram, semalam, penyanyi Black Hanifah menafikan dia terbabit dalam kemalangan.





Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 33, berkata, individu yang memandu kereta itu ialah salah seorang kakitangannya yang dikenali sebagai Angah.

"Angah yang pandu kereta itu, bukannya saya. Saya kini berada di Pulau Pinang. Syukur Angah selamat walaupun kereta rosak teruk," katanya kepada Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


Menurut Black, kemalangan itu berlaku di sekitar Bandar Sunway, Petaling Jaya ketika Angah dalam perjalanan pulang selepas membeli meja untuk pejabat.

Semalam, Black berkongsi video keretanya yang remuk di bahagian hadapan termasuk rosak di bahagian tayar selepas terbabit dalam kemalangan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: