13 June 2020

TELEFILEM '6 HARI' - NEELOFA SEDEKAHKAN WANG BAYARAN LAKONANNYA


"Kebetulan pada waktu itu, saya memang tak ada niat nak cari duit pun. Jadi, saya terdetik kalau apa-apa yang datang (tawaran) lepas ni, saya ikhlas nak buat nak beri (sedekahkan) sahaja. Sudah selesai diserahkan pun sumbangan itu. Saya lakukannya pada bulan puasa lagi," kata pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa.





Bekas pengacara program 'MeleTop' itu mendermakan keseluruhan wang bayaran lakonan yang diterimanya bagi menjayakan telefilem berjudul '6 Hari'. Menurut Neelofa, 31, wang tersebut juga sudah diberikan kepada badan kebajikan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan yang lalu.

Menurut Neelofa lagi, penggambaran telefilem 6 Hari itu juga memberi satu pengalaman baharu buatnya kerana ia dijalankan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB): "Saya rasa tak sukar kerana ia tak memerlukan komitmen untuk saya keluar rumah.

"Saya hanya shoot di dalam rumah sahaja. Saya berjaya selesaikan dalam tempoh satu jam sahaja. Lagipun, saya rasa kenapa tidak saya cuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan kerana projek ini dibuat sendiri di rumah untuk ditayangkan di televisyen," ujar Neelofa yang memegang watak sebagai Linda iaitu sahabat kepada Suzi lakonan Lisa Surihani, dalam naskhah tersebut.

Klik untuk gambar besar


Telefilem '6 Hari' mengisahkan tentang Suzi (Lisa Surihani) yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan. Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan bekas teman lelakinya, Faizal (Yusry) yang merupakan bekas banduan datang ke rumahnya yang kemudian mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal. Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka?

Sama-sama kita saksikan telefilem '6 Hari' pada hari ini iaitu 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128). Bagi pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: