Jika sebelum ini, Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society telah melawat artis-artis yang sakit, terkini mereka telah ziarah rumah Pak Hamid Gurkha pula.
Kedatangan mereka bukan hanya disambut genbira, malah dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu kerana sebak dengan ingatan artis tersebut.
Untuk makluman, Pak Hamid popular dengan lakonan hebatnya dalam filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Beliau merupakan pelakon veteran yang disegani ramai ketika zaman kegemilangannya dahulu.
Doa kita, moga Pak Hamid terus kekal sihat dan senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Amin!
Klik untuk gambar besar

________________________

No comments:
Post a Comment