24 June 2020

BILA AZHAN RANI 'BERBUNGA-BUNGA' DITEGUR NASH DI KEDAI MAKAN: "DIA PANGGIL AKU USTAZ"


"Lepas sarapan di sebuah restoran di Shah Alam, susuk tubuh dalam gambar ni sedang perhatikan aku... dia senyum saja. Aku senyum balik, lepas tu dia sebut nama aku... terus tak terkata. Baru aku perasan ini bukan sebarang orang... dia legenda, Datuk Nash Lefthanded.





"Dia panggil aku ustaz... dia follow drama 'Nur' katanya," demikian tulis pelakon Azhan Rani yang terkejut ditegur vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Azhan, 44, berkata pada mulanya dia tidak mengenali individu yang memerhatikan gerak gerinya dan mereka hanya berbalas senyuman sebelum namanya disebut oleh Nash. Menurut Azhan, penyanyi itu juga memanggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ kerana meminati lakonannya dalam drama Nur.

Azhan mengakui teruja dapat bersemuka dengan Nash dan menganggap kumpulan rock Lefthanded antara legenda terkenal sekitar tahun 80an. Kaset, poster majalah dan rambut panjang antara memori yang paling diingati Azhan pada ketika itu.

Klik untuk gambar besar


"Allahuakbar berbunga-bunga rasanya kerana mereka antara kumpulan rock gergasi zaman rockers dulu... zaman aku la. Daripada zaman kaset, jeans ketat, rambut panjang mengurai, zaman poster URTV penuh dengan gambar-gambar rockers," ceritanya penuh teruja.

Selain itu pelakon filem 'Hantu Rumah Sakit Jiwa' ini turut memuji sifat rendah diri Nash kerana sudi menegurnya. Dalam pada itu, Azhan berkata selepas bertemu dengan Nash, dia sempat menyanyikan lagu-lagu Lefthanded semasa dalam perjalanan ke set penggambaran.

"Datuk Nash memang antara penyanyi rock paling aku kagum. Suara rock yang tiada klon langsung pada aku di tanah air ini... humble gila dia tadi. Lepas jumpa dia tadi aku terus ride ke set sambil feeling rock nyanyi balik lagu-lagu evergreen Lefthanded. Terima kasih kerana menyantuni saya tadi Datuk Nash. Semoga terus sihat dan saya dapat menonton konsert Datuk nanti," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Azhan Rani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: