24 June 2020

BAKAL BERKAHWIN KALI KE-2 DENGAN LELAKI BUJANG, KAYA - FATIN AFEEFA DIDAKWA MASIH KELUAR DENGAN SUAMI ORANG


Pelakon Fatin Afeefa didakwa bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang yang kaya. Namun begitu, Fatin didakwa masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama berstatus suami orang, malah keluar bersama lagi. Perkara itu didedahkan didedahkan sendiri oleh seorang individu, yang difahamkan merupakan isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag di laman Twitter.





Dakwa Mag lagi, Fatin atau nama sebenarnya pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dikatakan mengikut suaminya bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralkohol.

Fatin ketika ditanya menerusi satu kiriman WhatSapp itu berhubung perkara tersebut bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut. Tahun lalu, nama Fatin pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki itu.

Untuk makluman, Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak. Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: