24 June 2020

"APA BISING-BISING... TU DAYANG SENANDUNG BABE! CERITA MASA KITA KECIL-KECIL... ADA JUGA PENGAJARAN" - MICHAEL ANG


Kontroversi yang melanda penyanyi Wani Kayrie selepas berwajah hitam di aplikasi TikTok itu sehingga kini masih belum reda. Dek kerana itu, pengarah dan penerbit Michael Ang tampil berkongsi pendapatnya. Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Michael mempersoalkan sikap netizen yang suka memperbesarkan isu remeh membabitkan kisah dongeng Dayang Senandung.





Michael berkata, sepatutnya tiada isu sensitif perlu diperdebatkan daripada kisah tersebut kerana ia hanya cerita rekaan. Bagaimanapun, menurut pengarah filem 'Kimchi Untuk Awak' ini terdapat pengajaran yang boleh dicontohi orang ramai daripada kisah tersebut.

"Apa yang korang bising-bising pasal Dayang Senandung ni? Itu pun korang nak buat hal. Tu dah la cerita dongeng. Tu Dayang Senandung babe! Cerita masa kita kecil-kecil... ada juga pengajaran. Pengajarannya ialah kita jangan pandang hina dekat orang... kan bagus tu," ujarnya.

Selain itu, Michael turut menyifatkan orang ramai yang melatah berikutan isu ini hanya membuang masa dengan melakukan perkara tak berfaedah. Malah, dia turut menasihati netizen tempatan agar tidak melibatkan diri dalam isu yang diperjuangkan masyarakat negara lain.

Klik untuk gambar besar


"Tak faham aku korang ni semua. Suka buat hal daripada benda-benda yang tak ada hal. Cuba buat benda yang berfaedah macam aku ni. Kerja cari duit... lagi berfaedah daripada nak gaduhkan peperangan orang. Sedih!" katanya.

Dalam pada itu, segelintir pengikut Instagram Michael turut meluahkan pendapat mereka dan berharap orang ramai hanya ambil sisi positif daripada isu ini. Namun, ada netizen yang menyalahkan Wani dan menganggap perkongsian videonya itu menyebabkan isu ini menjadi serius.

"Ada saja kan? Tak faham pemikiran orang ni... Rileks la, ambil yang positif saja. Ni semua punca si Wani Kayrie tu la sibuk main TikTok dengan muka hitam tu, kalau tidak orang tak heboh pun pasal Dayang Senandung," komen beberapa netizen.

Selepas dikecam hebat netizen, Wani tampil membuat permohonan maaf dan memadam video berkenaan di laman sosialnya kerana enggan memanjangkan perkara tersebut. Isu diskriminasi warna kulit hangat diperkatakan secara global selepas lelaki kulit hitam, George Floyd meninggal dunia akibat kekerasan polis di Amerika Syarikat, baru-baru ini.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: