24 June 2020

ZULIN AZIZ MUATNAIK BERAT BADAN KINI 57KG - NETIZEN TEGUR, 'DAH KURUS JANGAN PAKAI KETAT'


"Yeay dah 57kg! Terima kasih banyak-banyak @dmagiadietmealz_hq dan team!" demikianlah kata pengacara dan penyanyi Zulin Aziz apabila berjaya mencapai berat badan idaman setelah berhempas pulas menguruskan badan dan kini sudah mencapai tahap ideal iaitu 57 kilogram.





Maka dengan itu, Zulin baru-baru ini telah berkongsi sebuah video di laman Instagram yang memaparkan dia sedang meraikan kejayaan itu untuk tatapan peminatnya. Dalam video berdurasi 12 saat itu, Zulin dilihat sedang menari-nari sambil memakai seluar denim.

Namun video tersebut telah dipadam sebelum dia memuat naik video baru yang lebih sopan. Ini berikutan penampilan Zulin yang memakai pakaian agak ketat, mungkin kerana niatnya ingin menunjukkan bentuk badannya yang ramping.

Menerusi laman komen, ramai netizen meminta Zulin untuk menjaga adab penampilan kerana dia merupakan seorang wanita bertudung dan tidaklah manis untuk dia memakai pakaian yang ketat dan singkat. Mengimbas kembali, Zulin sebelum ini telah mengamalkan diet berasaskan telur dan dia akhirnya berjaya mendapatkan berat badan ideal berbanding berat badan asalnya iaitu 85 kilogram.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: