10 June 2020

PANDU KERETA SATRIA NEO - ZARINA ANJOULIE DEDAH PERNAH DITERTAWA ORANG


Pelakon Zarina Anjoulie menerus laman Instagram miliknya telah mendedahkan yang dia pernah ditertawa orang kerana hanya memandu kereta Proton Satria Neo, namun dia langsung tidak memperdulikan tohmahan tersebut.





Menurut Zarina beliau menganggap ia merupakan satu-satunya kereta kegemarannya hingga kini meskipun telah lama menggunakannya: "Bila Anju pandu kereta ini orang gelakkan Anju 'eee artis bawak satria je'," tulisnya.

Tambah Zarina, beliau difahamkan tidak akan meninggalkan kereta tersebut. Hal ini kerana, kereta itu dianggapnya bagai bayinya sendiri. Zarina bagaimanapun mendedahkan beliau juga turut mempunyai kereta lain namun masih setia dengan proton satrianya kerana banyak jasa kereta berkenaan telah sumbangkan ketika susah senang hidupnya.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu dikongsi Zarina di laman Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan Zarina memuatnaik foto keretanya yang dikhabarkan mahu dicat semula. Posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet seakan mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mentertawakan Zarina susulan memilik kenderaan berkenaan. Bagaimanapun, tindakan Zarina itu dipuji netizen kerana masih mengekalkan sikap rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk hartanya. Malah menganggap Zarina bagai selebriti contoh yang tidak cepat melupakan asal usulnya.

Untuk rekod, Zarina sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana berani bersuara berkenaan isu yang terjadi di Malaysia. Malah tindakan Zarina membantu golongan yang memerlukan susulan pandemik COVID-19 tempoh hari juga dipuji netizen dan mengagumi peribadi Zarina yang tidak berkira dalam melakukan kerja amal.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: