10 June 2020

DIKECAM 'MAKCIK' BERPAKAIAN SEPERTI LELAKI: "BAWA MOTOR TAKKAN NAK PAKAI SKIRT PULA" - ELIZAD


Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad telah berkongsi foto ketika menyertai aktiviti permotoran di laman Instagram miliknya, namun ia telah mengundang rasa kurang senang seorang pengikut. Menerusi ruangan komen, netizen itu menegur pakaian yang dikenakan oleh Elizad yang dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai.





Menjawab komen yang ditulis netizen berkenaan, Elizad, 36, berkata dia berasa hairan apabila baju yang dipakai itu turut dikritik dan menjadi isu: "Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun... bawa motor takkan nak pakai skirt pula.

"Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita? Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kecam!," katanya. 

Klik untuk gambar besar


Sebelum itu, Elizad berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu. Dalam foto tersebut, kelihatan pelakon drama 'Syurga Yang Kedua' ini mengenakan pakaian kasual bersesuaian dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Namun, lain pula jadinya apabila ada netizen yang berasa kurang senang dengan penampilan santai Elizad itu: "Eee... macam jantan," tulis pengikut tersebut sebelum ia dipadam oleh netizen berkenaan selepas menerima komen balas daripada peminat Elizad.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Elizad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: