14 June 2020

REZEKI MENCURAH SELEPAS PKPP - AZZA DIHUJANI TAWARAN BERLAKON, TAK SABAR KEMBALI BERAKSI


"Tidak sangka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPP, saya dihujani tawaran berlakon. Rahmat Allah itu luas... Dapatlah membantu ekonomi keluarga selain emak dan ayah di kampung," kata bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Azza Zawari.





Berkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Azza ditawarkan membintangi beberapa drama ketika semua pihak berusaha mengukuhkan ekonomi akibat penularan COVID-19. Azza yang rindu beraksi di depan kamera memberitahu, dia akan berlakon dalam drama Juliet terbitan Zeel Production dan Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang.

Bekas anggota kumpulan Elite ini memberitahu, selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV), dia lebih banyak menerima tawaran menjadi pengacara: "Sekarang, apabila melihat teman sezaman masih aktif berlakon, saya tidak mahu terlepas peluang.

Klik untuk gambar besar


"Apatah lagi, dalam keadaan kita berdepan penularan COVID-19, usaha membuka kiosk perniagaan tidak sesuai," katanya yang sempat membintangi drama 'Syurga Untukmu', Februari lalu untuk slot Samarinda TV3.

Menurut isteri kepada Azlan Zuhaily ini, keinginan kembali memeriahkan persada seni memuncak selepas menjadi pengapit pada majlis pernikahan Elly Mazlein, akhir tahun lalu: "Majlis itu mendapat liputan meluas. Saya yang menjadi 'Dulang Girls' turut menerima tempiasnya.

"Ketika itulah saya terfikir, saya perlu kembali berlakon. Saya nampak sedikit sebanyak impak dunia lakonan dalam menarik perhatian peminat kepada perniagaan," katanya yang aktif menjual kaftan dan tudung jenama Bidadari.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Azza Elite


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: