14 June 2020

TAYAR PECAH LANGGAR PEMBAHAGI JALAN - BLACK RUGI RM8,000


Selepas pekerjanya mengalami kemalangan jalan raya pada Jumaat, penyanyi Black Hanifah yang berada di Pulau Pinang sejak Rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Kenderaan jenis pacuan empat roda itu yang dipandu oleh pekerjanya terbabas melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.





"Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan terbabit untuk membeli barangan kelengkapan pejabat. Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan hentam pembahagi jalan. Mujur tiada apa-apa dan tak teruk pun. Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki," katanya.

Berdepan kerugian sekitar RM8,000, kata Black dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku: "Benda dah nak jadi, saya reda sahaja. Selepas dimaklumkan saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana kenderaan itu saya selalu guna untuk bawa motosikal cross. Saya pula jenis sayangkan kenderaan jadi saya mesti tengok sendiri keadaan kereta saya itu," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Teman Pengganti' itu menyangkal dakwaan punca kemalangan terbabit disebabkan kecuaian penyelenggaraan tayar kenderaannya: "Ramai nampak tayar kereta itu sudah haus tapi ia masih boleh dipakai lagi.

"Memandangkan saya baru keluar dari hutan menggunakan kenderaan itu, tayar pun nampak seperti warna tanah dan botak. Tapi tak pun," tambah Black yang turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memandu dengan berhemah sepanjang masa.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Black Hanifah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: