14 June 2020

MIMPI ARWAH SUAMI, BALU ABAM BOCEY AKUI SEPI: "AIR MATAKU MENGALIR MENGIRINGI DOA"


"Buat Allahyarham suamiku, saat ini aku merindukanmu. Sejak pemergianmu hatiku terasa sepi dan hanya bayanganmu yang selalu hadir dalam ingatanku. Suamiku, semalam abang muncul dalam mimpi sayang, rindu tawamu tapi sayang sedar abang telah tiada.





"Air mataku mengalir mengiringi doa, semoga abang tenang disana. Cinta syurga suamiku Syed Umar Mokhtar Al-fatihah," demikian tulis balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, yang megakui hatinya kini sepi dan mendedahkan arwah suaminya itu muncul dalam mimpi.

Tidak dapat menahan sebak, Nurhidayah memberitahu air matanya mengalir sebaik sahaja tersedar dari mimpi itu. Nurhidayah meluahkan rasa sebak itu di akaun Instagram milik suaminya. Menerusi entri tersebut, dia memuatnaik rakaman video ketika bersama arwah.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang terus memberikan semangat kepadanya. Untuk makluman, Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: