14 June 2020

LINDA MAHU KEMBALI BERLAKON & MENYANYI, TAMPUNG BALIK KERUGIAN DEK IG DIGODAM


Pelakon Linda Rafar akan kembali menerima tawaran berlakon dan bernyanyi untuk menampung kerugian yang dialami, susulan kes laman sosial digodam. Linda, 41, berkata tujuan dia aktif semua dalam dunia seni bukan untuk meraih populariti sebaliknya sebagai satu punca rezekinya.





"Saya rasa tahun ini saya akan terima tawaran berlakon dan menyanyi untuk tampung balik kerugian yang saya alami. Saya tak perlukan populariti. Kalau sebut Linda Rafar, semua orang dah tahu jadi saya tak perlukan populariti. Tapi, saya terpaksa fikir cara untuk dapatkan balik wang sebanyak itu," jelasnya.

Selepas kejadian yang memberi kesan terhadap pendapatannya, Linda percaya ini merupakan cabaran dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambaNya. Penyanyi itu yakin setiap kejadian yang berlaku akan mendapat digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar


"Inilah dia satu cabaran dan dugaan. Bak kata Ustaz Ebit Lew, setiap dugaan Allah akan gantikan dengan kegembiraan. Jadi, saya memang pegang kata-kata itu sama seperti ketika arwah anak saya meninggal dunia.

"Saya lihat impak yang datang lepas anak saya pergi. Tapi ia tak datang dalam masa terdekat. Kadang-kadang kita perlu berzikir dan berdoa. Kadang-kadang tak sempat nak merasa kegembiraan itu, ada lagi dugaan yang datang. Jadi, kita perlu terus sabar, sabar dan sabar," katanya.

Sebelum ini, laman sosial Instagram dan Facebook Linda digodam di mana pelakon itu kehilangan kira-kira 900,000 pengikut Instagram. Kejadian itu mengakibatkan dia mengalami kerugian kira-kira RM500,000 yang melibatkan perjanjian dan peranannya sebagai duta produk.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Linda Rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: