11 June 2020

RITA LEBIH RELA MEMILIH JADI SEORANG IBU YANG BAHAGIA DARIPADA ISTERI YANG BAHAGIA


Pelakon Rita Rudaini menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi momen bahagia anak-anaknya berkejaran disulami lagu 'Wanita Terbahagia' nyanyian 'Bunga Citra Lestari'. Jelasnya menerusi ruang kapsyen, dia merasa kenikmatan membesarkan anak-anak sendirian dan lebih rela memilih menjadi ibu yang bahagia berbanding isteri bahagia.





"Bila dah rasa nikmat membesarkan ank2 sendirian, sisturr lebih rela memilih utk jd seorg ibu yg bahagia drpd seorg isteri yg bahagia.... nikmat Pure love," kongsi Rita yang menerima komen dimana rata-rata netizen mendoakan agar dia terus tabah membesarkan anak-anak walau tanpa suami di sisi.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013. Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Klik untuik gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: