05 June 2020

SELEPAS BERJUANG LEBIH 16 JAM - AKHIRNYA ISTERI NADZMI, ARDELL SELAMAT BERSALIN


Alhamdulillah... impian pasangan Nadzmi Adhwa, 28, dan Ardell Aryana, 30, untuk menimang cahaya mata akhirnya tercapai apabila anak sulung mereka selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 2.22 pagi tadi (Jumaat - 5 Jun 2020) selepas lebih 16 jam Ardell bertarung nyawa.





Nadzmi berkongsi berita gembira dan keterujaannya tersebut menerusi laman Instagram miliknya hari ini. Sementara itu, pelakon drama 'Mencari Qiblat' ini turut berterima kasih kepada keluarga, doktor dan semua peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tido tak lekang dengan mendoakan kami 😘 Terima kasih atas doa baik baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, Pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam.

Klik untuk gambar besar


"Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, Sayu, Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial ❤️ kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua," demikian tulis Nadzmi.

Bagaimanapun, jantina bayi masih belum dikongsikan bintang 'Hati Perempuan' ini. Serentak dengan perkongsian berita gembira itu, para peminat termasuk rakan selebriti mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan semuanya dipermudahkan buat si ibu.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu. Tahniah kami ucapkan dan semoga cahaya sulung pasangan ini menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya serta berjaya di dunia dan akhirat.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan & Instagram Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: