05 June 2020
"PALING SEDIH DAH 7 TAHUN MASIH ADA CAKAP BUKAN-BUKAN PASAL KAMI" - IZZUE AKUI DIA & ISTERI DAH LALI
Penyanyi, pelakon dan pengacara Izzue Islam berkata isterinya, Awin Nurin sehingga kini masih menerima cemuhan daripada orang yang kurang senang dengan perkahwinan mereka, walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki tahun yang ketujuh. Malah, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, berkata, parkara itu membuatkan isterinya lali dan tidak terasa hati.
"Macam-macam kami lalui sepanjang berkahwin ni. Paling sedih dah tujuh tahun kahwin masih lagi ada yang cakap bukan-bukan pasal kami. Tapi Awin tak stres pun. Dah tujuh tahun orang mengata macam-macam pasal kami sampai dah lali dah," kata Izzue.
Dalam pada itu, bercakap soal cahaya mata, Izzue berkata, dia tidak ambil hati jika ada pihak yang bertanya soalan berkaitan zuriat. Namun, pelakon itu berkata dia dan isteri menganggap ia sebagai satu doa: "Kami suka bila orang tanya pasal anak. Sebab bila orang tanya tu maknanya orang sedang mendoakan kami juga," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, sempena ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun Izzue yang ke-30 pada Selasa, Izzue melancarkan sebuah single bertajuk 'Biar' hasil ciptaan IIAN dan Gjie 6ixth Sense. Kata, lagu tersebut dijadikan salah satu cara untuk mengingati ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka
"'Biar' merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang menghargai cinta dan memberi semangat kepada sang pencinta untuk tidak putus asa dalam bercinta," kata Izzue yang berkahwin dengan Nurin yang juga merupakan pengurusnya pada tahun 2013 pada 2 Jun 2013.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Izzue Islam
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment