05 June 2020

SUSULAN DAKWAAN KES PIKAT ISTERI ORANG, AJAK BERSETUBUH - SHAH HAZVEE TAK KENA 'GAM'


Mengakui kes mahkamah yang dihadapi baru-baru ini memberi impak negatif terhadap karier lakonan, pelakon Shah Hazvee atau nama sebenar Shah Radhi Hazvee, 24, bagaimanapun berkata dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk terlibat dalam beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.





"Memang tak dinafikan kes ini memberi impak negatif terhadap saya, saya harap industri tidak terus memberi hukuman. Saya boleh bekerja seperti biasa dan kes ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah," katanya.

Selain itu tambah Shah, dia berharap agar netizen tidak terus terburu-buru untuk menghukum seseorang tanpa ada bukti yang kukuh. Pada 29 Mei lalu, Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memikat isteri orang dengan niat untuk melakukan persetubuhan.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: