05 June 2020

"BERSYUKUR DENGAN PELUANG ALLAH BERIKAN" - ELLY MAZLEIN BAHAGIA SAMBUT SYAWAL SEBAGAI ISTERI LAGI


"Alhamdulillah, menjadi impian setiap insan untuk merayakan Syawal yang mulia dengan keluarga lengkap. Saya rasa sangat teruja dan seronok mereka yang pernah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan kehadiran famili yang sempurna.





"Saya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Alhamdulillah," demikian kata pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein yang gembira kerana dia dapat kembali menyambut Syawal dengan status sebagai seorang isteri.

Meskipun bahtera rumah tangga yang dibina sebelum ini musnah, Elly yang mesra dengan nama panggilan Kak Lina ini menyatakan kehadiran lebaran kali ini ini sedikit meriah apabila wujud suami, Mohammad Azlan Che Noh, 30, yang dinikahinya pada 18 Januari lalu di sisi disamping cahaya matanya dan bapa.

Klik untuk gambar besar


Menurut Elly, ia seakan menjadi impian buat setiap insan untuk merayakan Syawal dengan keluarga yang lengkap. Hal ini kerana, Elly difahamkan sangat teruja dan seronok apabila diberi peluang oleh Allah SWT meraikan perayaan itu dengan sempurna.

Tambahnya Elly lagi, perjalanan kerjayanya dalam bidang seni juga semakin mudah selepas berkahwin: "Suami memang menyokong kerjaya saya. Saya juga gembira kerana tawaran tidak putus. Minggu pertama Syawal saya dimeriahkan dengan kehadiran tawaran untuk mengacarakan program Mega Raya Ria di Astro Ria. Alhamdulillah, semuanya rezeki dan saya sangat bersyukur dengan limpahan kurnia dari Allah," jelas Elly.

Dalam perkembangan lain, Elly kini difahamkan bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Kampung People musim kedua tidak lama lagi. Drama yang mendapat sambutan hangat itu bakal kembali dengan barisan pelakon yang handal dan jalan cerita yang penuh riang.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: