08 June 2020

SELEPAS BERSALIN - ARDELL MUNTAH SAMPAI PENGSAN & ALAMI PENDARAHAN TERUK


"Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umi. Selepas saja selamat melahirkan saya, umi muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya. Umi cuba bangun, jururawat mandikan umi muntah lagi kemudian umi pengsan terus dalam tandas sebab umi turun banyak darah tapi umi tetap juga kuat.





"Alhamdulillah hari ini (Ahad) umi saya dah semakin kuat, tak pengsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umi sekejap semalam dan pagi tadi. Semoga cepat sembuh umi. Baby dan abie doakan," kata pengendali akaun @babyadhwaardell iaitu Instagram anak pasangan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang dipercayai ditulis oleh Nadzmi.

Difahamkan, Ardell hanya dapat berjumpa bayi sulung itu selepas tiga hari melahirkannya. Bukan itu sahaja, Ardell mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Jumaat lalu. Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.

Klik untuk gambar besar


IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka. Menerusi entri tersebut, dia memuatnaik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu. Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat.

Pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya itu bertarung kesakitan selama 16 jam. Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan tersebut masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.

Untuk makluman, Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram @babyadhwaardell & Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: