15 June 2020

"TAK TAHAN ASYIK 'BURUNG' JE... DAH SEKAT PUN DIA MASIH MASUK" - KIAH PROPA BUAT LAPORAN POLIS


"Ada pula yang gila seks. Aku tak faham, nampak elok tapi sebenarnya jahanam. Aku dah tak tahan asyik tengok gambar 'burung' je, dah tak lalu. Ada burung kelicap, burung gagak, burung pipit, kasawari dan enggang pun ada.





"Yang hairannya, dah sekat pun dia masih masuk, jadi saya tak tahan dah. Gelak-gelak juga, jangan ingat aku nak berlawan servis kamu," kata personaliti televisyen, Kiah Propa menerusi sepotong video di Instagramnya yang tampil membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama terhadap seorang individu yang sering menghantarkan gambar kemaluan kepadanya.

Jelas Kiah, individu berkenaan sentiasa mengganggunya biarpun telah berkali-kali disekat dari akaun Instagramnya. Kiah akan menyiasat individu di sebalik foto dan video berunsurkan gangguan seksual itu: "Aku akan siasat siapa penghantar gambar 'burung' tersebut. Dari tahun lepas lagi, kau jangan main-main dik. Bawa bertenang ya dik, kasihan kakak tengok kamu kalau begitu otak kamu," tambahnya.

Kiah turut menasihati orang ramai agar menggunakan media sosial secara berhemah: "Aku akan buat laporan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) dan menyeru janganlah buat begitu lagi," ujarnya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Kiah Propa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: