23 June 2020

ZARINA ZAINUDDIN PUJI MIRA FILZAH, TAK MACAM ARTIS LAIN SOMBONG & 'PERASAN BAGUS'


"Sebenarnya apabila shooting ni, kita satu family besar... tak boleh sombong-sombong, bawa diri. Jangan nak berlagak duduk dalam kereta dan tak campur orang langsung... Time makan pun tak nak campur. Bukannya kau selamanya di atas. Satu hari nanti kalau kau dekat bawah baru kau nak terhegeh-hegeh dekat orang lain, baru nak tegur-tegur orang... Masa tu orang pun tak layan kau," demikianlah ujar pelakon Zarina Zainuddin.





Zarina meluahkan rasa kecewa terhadap barisan artis baharu yang bersikap sombong dengan kru produksi dan pelakon yang lebih senior. Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, Zarina, 49, menasihati pendatang baharu dalam industri seni supaya lebih menghormati kru serta barisan pelakon yang lebih tua.

Dalam pada itu, Zarina turut memuji sikap pelakon terkenal Mira Filzah yang pandai membawa diri di set penggambaran dan menghormati pelakon yang lebih berpengalaman. Pelakon filem 'Sejoli' ini turut menyifatkan Mira sebagai seorang artis baharu yang pandai menjaga diri dan bergaul dengan semua kru yang bertugas di set penggambaran:

Klik untuk gambar besar


"Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang walaupun nama besar macam Mira Filzah... Dia pandai jaga diri, pandai hormat orang, pandai bercampur dengan orang. Dengan orang tua-tua dia hormat. Kalau dia tahu ada pelakon lama dia yang akan cari, bukan kita yang cari dia," katanya.

Tambahnya, segelintir artis baharu yang sedang meningkat popular dinasihatkan untuk tidak bersikap sombong dengan orang sekeliling. Zarina turut berkata mereka perlu pandai membawa diri demi nama baik sendiri jika mahu kerjaya bertahan dalam industri seni.

"Nasihat saya kepada pelakon-pelakon baharu di luar sana, jangan diva-diva sangat la. Jangan perasan la... Kau jangan perasan kau bagus sangat. Kita kena pandai bawa diri... Kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi untuk berlakon sebab tak banyak perangai dan tak banyak kerenah," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: