23 June 2020

HARAP ANAK-ANAK TAK TERLIBAT PENGARUH DUNIA MEROSAKKAN - PU ABU 'SEKOLAHKAN' NETIZEN ISU LATHI CHALLENGE & FACEAPP


Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah berkongsi fotonya bersama anak dan dalam masa sama berharap agar zuriat-zuriatnya itu termasuk Muhammad Uwais Al-Mateen tidak mudah terikut-ikut dengan trend yang boleh melalaikan.





"Mateen terkejut dan tak mampu berkata2 apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki even mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah HARAM. Moga anak2 aku tak terlibat dengan pengaruh2 dunia yg merosakkan. 🀲🏼😊😘," tulis Abu atau nama penuhnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi.

Sementara itu, dia turut memberi reaksi terhadap aplikasi yang boleh menukar wajah seseorang kepada jantina berlawanan, Faceapp. Malah, Abu memahami konsep perbuatan tersebut adalah haram disisi agama Islam.

Klik untuk gambar besar


PU Abu menyatakan kekesalannya terhadap segelintir individu yang terlalu taksub dengan aplikasi mengubah jantina wajah. Jelas Abu, dia terkilan apabila ramai yang menyambut baik aplikasi tersebut biarpun ia haram.

"Aku teringat masa aku dikecam buat video TikTok, katanya aku tak boleh buat sebab 'PU'. Tapi bila datang #lathichallenge dan #faceapp tukar jantina berapa ramai orang yang buat dan dapat sambutan. Langsung tiada common sense pada benda haram," tulis Abu di laman Instagram.

Jelas Abu, hukum agama tidak terikat pada status atau latar belakang seseorang: "Hukum agama ni tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke kalau sesuatu tu haram maka haram untuk kita semua. Jangan double standard hukum tuhan dan stop promosi benda haram!" tambahnya.



Dalam entri yang sama, Abu turut memuat naik sepotong video mengulas lebih lanjut mengenai aplikasi tersebut: "Pelik dunia ni, kita marah apabila ada satu orang mempromosikan kepondanan mereka hakikatnya hari ini kita yang buat. Bezanya dia operate kita apps (aplikasi).

"Benda dosa ni seronok kita buat sebab nak meraih perhatian daripada manusia sedangkan perhatian kita perlu cari daripada Allah. Takkan asbab kita tukar jadi lelaki atau perempuan menjadi punca kita masuk neraka," kata Abu lagi apabila tindakan memuat naik sepotong video TikTok bersama keluarganya untuk menyindir pihak tertentu sebelum ini mendapat kecaman hebat netizen.

Terdahulu, pendakwah bebas, Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan bahawa aplikasi tersebut mengaibkan selain menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai seorang Muslim. Jelasnya lagi, perbuatan itu bertentangan dengan fitrah manusia, meski ia hanya sekadar gambar dan bukan mengubah fizikal. Perkara itu dijelaskannya menerusi Berita Al-Hijrah, saluran 114.






www.myartis.com / Sumber & foto: Medai Hiburan, Instagram Pu Abu Sufyan & Berita Al-Hijrah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: