23 June 2020

DULU FREE HAIR, SEKARANG BERTUDUNG LITUP - SHARUL KAMAL RASA SYUKUR, DOA IBU ISTIQOMAH


"Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku adik beradik & ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus2 untuk ibu tutup aurat dengan sempurna. Awal tahun aku dapat buat umrah & aku tak putus2 doa benda yang sama & aku minta tahun ni ibu istiqomah.





"Alhamdulillah cantik ibu aku 😍," demikian tulis penyanyi dan pelakon Sharul Kamal menerusi laman Twitter yang turut disertakan dengan foto ibunya yang manis mengenakan pakaian muslimah berwarna unggu.

Sharul meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memperkenankan doa untuk melihat ibunya istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Menurut Sharul, dia sekeluarga tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik buat ibunya malah, ketika berkunjung ke tanah suci untuk mengerjakan umrah awal tahun lalu, perkara sama turut dilakukan oleh bekas bintang Akademi Fantasia 2015 itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Racun Rindu' itu turut memuji penampilan terkini ibunya yang kelihatan sangat cantik. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji selain mendoakan semoga ibu Sharul terus istiqomah dan dipermudahkan segala urusan.

"Ibu dari dulu baik sangat layan peminat awak. Tak pernah sombong dan murah dengan senyuman. - "Amin semoga ibu kuat dan terus istiqamah," puji @lilly_sofea. - "Alhamdulillah, dari zaman awak AF lagi selalu tengok ibu sentiasa sokong awak. Cantiknya dia," tambah @aeiounis. - "Betul bro doa kat sana memang dimakbulkan kalau hati ikhlas. Malaikat terus angkat doa," tulis @MohdFikriEman.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak, Twitter / Instagram Sharul Kamal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: