23 June 2020

BAPA 'BAHASAKAN' INDIVIDU PERSOALKAN AGAMA ALICIA AMIN: "ISLAM TAK AJAR BUKA AIB ORANG DI KHALAYAK RAMAI"


Sebut sahaja nama Alicia Amin, pasti ramai yang ingat dengan model kontroversi yang juga peserta Asia's Next Top Model itu yang sebelum ini pernah hangat diperkatakan gara-gara tampil seksi dan juga berbogel dalam beberapa sesi fotografi.





Nama Alicia Amin tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak daripada kemunculannya dalam 'Asia's Next Top Model'. Mungkin kerana gaya kehidupannya yang bebas, ia nampak tidak bersesuaian dengan dirinya sebagai seorang penganut agama Islam.

Berikutan imejnya yang terlalu seksi, ramai yang mempersoalkan agama Alicia. Baru-baru ini, salah seorang adiknya memuat naik foto mereka sekeluarga menyambut Hari Bapa. Bagaimanapun, seorang netizen bertanyakan adakah Alicia beragama Islam atau pun bukan.

Tidak hanya berdiam diri, komen netizen itu dibalas oleh bapa kepada Alicia yang bertindak membahasakan individu berkenaan. Bapanya turut mempersoalkan semula adakah individu tersebut Islam kerana Islam tidak mengajar membuat aib orang di khalayak ramai.

Klik untuk gambar besar


Bapa Alicia turut meminta netizen tersebut agar duduk diam-diam sahaja daripada cuba untuk mendapatkan publisiti. Komen bapanya itu turut dikongsikan oleh Alicia menerusi laman Twitter. Rata-rata netizen memuji bapa model itu kerana tampil mempertahankan anaknya daripada kecaman netizen.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berterusan mempertikaikan gaya hidup model itu selain mengatakan bahawa bapa Alicia tersebut langsung tidak menjawab persoalan yang diajukan individu itu. Kata netizen lagi, individu berkenaan bertanya elok-elok sahaja dan mereka juga ingin tahu tentang perkara itu.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Alicia Amin agar menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: