27 July 2020

1 JUTA TONTONAN BARU BELIKAN BASIKAL - ITU JANJI AMYRA ROSLI DENGAN ANAK



"Dah lama baby saya ni minta basikal. Hm okaylah kalau sampai 1 juta tontonan baru mommy belikan untuk upah jadi fotographer hari ini. Kalau tak sampai 1 juta mommy beli tayar basikal jelah," demikian tulis pelakon Amyra Rosli menerusi akaun Instagram miliknya yang menetapkan syarat tertentu sebelum menunaikan hasrat anak sulungnya, Aqeef Anaqi untuk memiliki basikal.



Amyra memberitahu Anaqi sudah lama meminta untuk memiliki basikal sendiri. Bagaimanapun kata Amyra dia akan menunaikan hasrat Aqeef sekiranya jumlah tontonan video pendek di Instagramnya itu mencecah 1 juta.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya menyabut cabaran Amyra. Paling comel apabila pengikutnya turut memberi galakan kepada orang ramai untuk menonton video tersebut bagi mencapai impian Anaqi.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 2 tahun 9 bulan manakala Ayra pula dilahirkan pada 1 Februari 2020.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: