27 July 2020

PAVITHRA BAKAL BUAT KEMUNCULAN SEMULA, SELEWAT-LEWATNYA PETANG INI



Youtuber terkenal, Sugu Pavithra baru-baru ini memberitahu yang mereka kini enggan lagi mempunyai kaitan dengan YouTube, sebaliknya hanya mahu menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini. Kata mereka, keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum adalah keputusan bersama.



Namun terkini, Pavithra tampil memberi khabar gembira kepada umum, para peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' apabila boleh menonton semula kemunculan pasangan itu menerusi saluran mereka, selewat-lewatnya pada petang ini.

Menurut Pavithra, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik andai segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai. suami kepada Pavithra, Sugu mengakui telah memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lepas atas beberapa faktor peribadi: "Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya.

Klik untuk gambar besar

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 24 Julai atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lepas.

Bagaimanapun, isterinya Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya itu. Malah dirinya juga menyatakan enggan lagi menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.


Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Selasa petang. Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum hari kejadian.

Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.

"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.




www.myartis.com / Sumber: BERNAMA


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: