"Saya tak dapat gambarkan perasaan gembira," demikian kata pelakon Maya Karin menerusi laman Instagram miliknya yang berkongsi kisah bagaimana bapanya, Gottfried Roelcke terperangkap selama empat bulan di Bangkok, Thailand akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
"Kebetulan dia berada dalam penerbangan pulang daripada Afrika, tetapi Vietnam ditutup. Jadi dia terperangkap di Bangkok dalam tempoh yang lama. Dia tak pernah complain. I tried my best to get him here tapi undang-undang larang. No one allowed into Malaysia," jelasnya.
Sekadar informasi, Maya merupakan aktres kacukan yang dilahirkan di Bayreuth, Bavaria, German. Terkenal dengan bakat lakonan yang penuh dengan penghayatan, nama Maya sering menyinari persada seni tanah air. Untuk rekod, Maya memulakan kariernya sebagai seorang model. Namun begitu, Maya mula mencipta nama selepas membintangi filem pecah panggung iaitu 'Pontianak Harum Sundal Malam'.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Maya Karin
________________________

No comments:
Post a Comment