25 July 2020

ALYA IMAN AKUI PERNAH BERTUNANG TAPI PUTUS LEPAS TAHU ISTERI PERTAMA TAK SETUJU



Pelakon baru, Alya Iman yang sebelum ini menafikan menjalinkan hubungan dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak selepas dituduh perempuan murahan, terkini dia tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.



Jelas anak kepada pelakon lagenda, Azmil Mustapha itu, dia pada awalnya telah pun mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang mempunyai dua cahaya mata 27 Februari lalu. Malah pada awalnya, pelakon remaja tersebut difahamkan isteri pertama lelaki berkenaan telah pun bersetuju untuk menerimanya sebagai madu.

Bagaimanapun, Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil, 19, itu menjelaskan dia telah pun memutuskan ikatan pertunangan tersebut sejurus mendapat tahu dirinya tidak diketahui dan tidak dipersetujui isteri pertama bekas tunang.

"Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua.

Klik untuk gambar besar

"Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut. Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

"Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik. Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka. Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya jujur.

Untuk makluman, Alya turut dikenali sebagai model pakaian muslimah dan hijab. Antara drama lakonan Alya ialah 'Senafas Rindu', 'Bukan Kahwin Paksa' dan 'Lelaki Kelas Sebelah'.







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Beautifulnara, Astro Gempak & Instagram Alya Iman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: