Jika anda mengikuti perkembangan anak kepada pelakon dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rhana di laman sosial, pasti tahu si comel ini ligat dalam beraksi dalam usianya. Malah, si kecil itu turut aktif menari dan menunjukkan bakat di aplikasi TikTok sebagai hiburan.
Bagaimanapun, Rozita tampil berkata, dia sebenarnya tidak perlu mengajar anak perempuannya itu untuk menggunakan TikTok, tapi sebaliknya perkara itu dipelajari sendiri olehnya seiring dengan perkembagan semasa.
Klik untuk gambar besar
Isu ini telah mula menjadi perhatian netizen apabila Aaisyah,6, memuat naik sebuah video memaparkan dia sedang menari lagu 'How You Like That' nyanyian kumpulan Kpop terkenal, Blackpink. Beberapa individu lain turut menyokong pendapat bahawa ibu bapa perlu lebih bijak dalam menguruskan dan membesarkan anak-anak.
Untuk makluman, Che Ta mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 lalu bersama pelakon Zain Saidin dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia enam tahun. Pelakon drama 'Kiah Mai Pulak' ini turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy,24, dan Aniq Ezzra,22, hasil daripada perkahwinan pertamanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Rozita Che Wan & Aaisyah Dhia Rana
________________________

No comments:
Post a Comment