21 July 2020

BILA NIEZAM JUMPA IBU NONNY: "INSYA-ALLAH NEXT STEP AHEAD..."



"Alhamdulillah sudah jumpa mama (ibu Nonny). Doakan yang baik-baik," kata pelakon Niezam Zaidi yang mengadakan kunjungan istimewa ke rumah kekasih hati, Nonny Nadirah untuk bertemu ibunya.



Nampaknya sambutan ulang tahun kelahiran Nonny pada tahun ini lebih bermakna dengan kunjungan Niezam. Menerusi laman Instagram, Niezam berkongsi foto pertemuan tersebut dan memohon peminat mendoakan yang terbaik dalam perhubungan mereka.

Selain ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-31 kekasihnya itu, Niezam turut memberitahu sedang merancang untuk meneruskan perhubungan ke fasa perkahwinan: "Selamat hari jadi Nonny Nadirah, semoga Allah merahmati awak serta keluarga dan berjaya dunia akhirat! Terima kasih untuk segalanya, InsyaAllah next step ahead... senyum selalu okay!," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya pasangan ini segera mendirikan rumah tangga: "Comel la pasangan ini... nampak sesuai sangat! Seronok tengok kalian berdua gembira, semoga dipermudahkan urusan anda dan kami doakan hubungan korang kekal bahagia selalu. - "Alhamdulillah dah jumpa emak, semoga urusan mendirikan rumah tangga dipermudahkan ya Niezam dan Nonny," komen pengikut.

Sebelum ini Niezam mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang akhir tahun ini. Meskipun ada beberapa kenalan menyatakan rasa sangsi dengan hala tuju perhubungan mereka, namun dia nekad meneruskan perhubungan itu.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Niezam Zaidi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: