06 July 2020

ADHWA KONGSI PERJALANAN ARDELL MENGANDUNG SEHINGGA LAHIRNYA ARWA MALAIKHA URWA


Semua sedia maklum mengenai pasangan Nadzmi Adhwa, 30, dan Ardell Aryana, 28, yang menimang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu. Sempena usia anak perempuannya mencecah satu bulan semalam, Adhwa menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video detik indah perjalanan isterinya disaat mengandung sehinggalah bersalin, sempena usia anak sulungnya mencecah satu bulan semalam.





"Genap sebulan dah dia @babyadhwardell ❤️ Sekejap je awak dah sebulan 😘 Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan.

"Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk. Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut.

Klik untuk gambar besar

"Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria, Turkey, selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh.

"Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut. Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini.


"Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat ❤️ Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi, perempuan yang sangat kuat dan hebat, seorang isteri yang terbaik untuk abi 😘 le Semoga jodoh kita kekal hingga jannah.

"Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita 🤲🏻❤️ Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me 😘 New journey begins. Full video di Youtube kami esok 🥰," demikianlah tulis Adhwa.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu. Semoga cahaya sulung pasangan ini menjadi seorang anak yang taat kepada ibu bapanya serta berjaya di dunia dan akhirat.








TONTON VIDEO PERJALANAN ISTERI ADHWA KETIKA MENGANDUNG & MELAHIRKAN DIBAWAH INI :-



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Nadzmi Adhwa & Arwa Malaikha Urwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: