06 July 2020

ALIFF SYUKRI MAHU LEBIH MATANG, FOKUS PADA KELUARGA: "RAMAI KATA KENAPA TIDAK BUAT VIDEO PELIK-PELIK"



"Sungguh tenang rasanya apabila berseronok bersama dengan keluarga. Ramai orang kata kenapa Datuk tidak buat video yang pelik-pelik. Bukan apa, saya rasa saya dah nak berehat dan nak fokus kepada keluarga... maklumlah saya dah tua. Ini masanya saya memberikan tumpuan lebih kepada keluarga saya dan juga bidang perniagaan. Kalau boleh hari-hari nak macam ini (bercuti) sebabnya dah malas nak berfikir soal bisnes.



"Sudah 12 Tahun saya fokus kepada bisnes sehingga jarang ada masa untuk keluarga," jelas usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berkata dia ingin memulakan azam baharu dengan mengurangkan perkongsiannya di laman tersebut selepas sering dikecam kerana kandungan video yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Aliff, dia mahu berehat daripada media sosial dan memberikan fokus kepada keluarga serta perniagaan. Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi video pendek percutiannya bersama keluarga di sebuah pulau di Sabah. Sementara itu penyanyi lagu 'Cuba Bahagia' mengakui bimbang jika kesibukkan dunia membuatkan dia terlepas momen indah bersama anak-anak.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang ni saya perlu berubah dan menjadi lebih matang khususnya kepada anak-anak saya yang meningkat remaja. Saya takut nanti apabila mereka dah besar, saya akan terlepas peluang bersama dengan mereka. Doakan saya sekeluarga selamat dan juga gembira. Terima Kasih kerana sentiasa menyokong saya!" ujarnya.

Untuk makluman, Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Aminah.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: