03 July 2020

AL-FATIHAH - NENEK AZAR AZMI DIJEMPUT ILAHI KETIKA TIDUR


"Nenek saya, mak kepada arwah ibu meninggal secara mengejut. Sebelum tu, dia tak nak makan, tak nak minum. Arwah meninggal masa tidur," kata pelakon Azar Azmi yang berkongsi berita duka apabila kehilangan nenek tersayangnya, Aminah Isa, 82, awal pagi tadi yang meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.





Menurut Azar, ia satu kehilangan yang cukup dirasai berikutan neneknya itu meninggalkan mereka sekeluarga hanya selepas lima bulan datuknya pergi mengadap Ilahi. Sebelum ini, datuknya, Othman Idris, 86, meninggal dunia pada Februari lalu.

Terdahulu, Azar turut memakumkan berita kematian tersebut kepada pengikutnya menerusi satu entri di Instagram: "Nenek saya telah kembali kerahmatullah pagi ini. Mohon kepada semua mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & InstagramAzar Azmi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: