03 July 2020

"BILA KITA BUAT BISNES, ADA ORANG CUBA AMBIL KESEMPATAN" - ALIFF SYUKRI PENAT BERNIAGA, MAHU DUDUK RUMAH?


"Penat berniaga.. bila kita buat bisnes, ada orang cuba mengambil kesempatan, pekerja pecah amanah, mencuri duit bertahun-tahun. Siap memfitnah dan memburuk-burukkan saya. Itu yang saya agak terkilan, sampai terdetik nak duduk rumah sahaja.





"Saya pun rasa nak suruh isteri urus bisnes kosmetik sahaja, saya malas nak ke depan dah," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Shukri yang mengakui adakalanya dia terdetik rasa penat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakannya itu selama ini.

Kata Aliff, lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa berdepan dengan perangai manusia yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya yang cuba membantu untuk sama-sama berjaya dalam bisnes. Terdahulu, Aliff menerusi satu entri di Instagram turut berkongsi luahannya apabila mengakui sudah penat berniaga selama 12 tahun.

Klik untuk gambar besar


"Kadang kala saya terfikir untuk duduk di rumah sahaja habiskan duit yang mana ada sebab penat nak buat bisnes nak bantu orang berjaya bersama tapi kita pula yang dimakan. Terima kasih kepada anda yang dah makan saya. Susah nak percaya percaya semua sekarang, banyak sangat talam dua muka," tulisnya.

Dalam pada itu, kata Alif, dia masih lagi menunggu hasil siasatan pihak polis berhubung isu pekerjanya yang pecah amanah baru-baru ini: "Saya dah buat laporan polis dan tunggu hasil siasatan. Ada tiga orang. Dah lama bekerja dengan saya, ada yang lima tahun.

"Tapi saya tak nak cerita siapa, tak mahu buka aib," kata Aliff yang sebelum ini meluahkan rasa kesal apabila terdapat pekerjanya yang didakwa pecah amanah ketika berkhidmat bersamanya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: