03 July 2020

FASHA SANDHA MINTA INDIVIDU BERHENTI MENYAMAR JADINYA DI BIGO, HANYA TUNJUK MUKA SEBELAH



Jika dahulu pengarah dan produser, Syamsul Yusof pernah berdepan dengan kejadian dimana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan suaranya di aplikasi Bigo, terkini giliran pelakon Fasha Sandha pula yang mengalami perkara yang sama.



Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminat, Fasha menjelaskan dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di laman sembang, Bigo. Justeru itu, Fasha meminta individu yang menyamar menjadi dirinya segera menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

"Saya tiada Bigo dik. Tolong beritahu dia untuk hentikan penyamaran ya! Terima kasih," kata isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar

Menurut peminat itu, ada individu melakukan penyamaran di aplikasi sembang berkenaan dan mengaku dirinya sebagai Fasha Sandha. Individu berkenaan turut didakwa menggunakan nama dan foto pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' ini, sekaligus menimbulkan kekeliruan pengguna lain.

"Akak (Fasha) ada guna Bigo ke? Tadi dalam Bigo ada yang mengaku diri akak Fasha... nama dan gambar sama macam dalam Instagram. Tapi dia tunjuk muka sebelah sahaja, tak pakai tudung... harap-harap itu bukan akak Fasha," tanya seorang pengikut.

Untuk makluman, Bigo merupakan salah satu aplikasi sembang (live streaming) yang menjadi platform untuk pengguna bersiaran langsung bersama pengikut.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: