18 July 2020

ALHAMDULILLAH - BELLA ASTILLAH SELAMAT BERSALIN ANAK PEREMPUAN



Semalam penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkongsi rasa bimbang apabila masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin biarpun kandungan sudah mencecah 40 minggu. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Bella berkata bayi dalam kandungannya ketika itu sudah terlalu selesa berada dalam perut walaupun dia sepatutnya bersalin pada Jumaat.



Hari ini, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dia selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi perempuan di sebuah hospital pada pukul 6.10 pagi tadi. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, memberitahu dia tiba di hospital kira-kira pukul 3.30 dan melalui proses bersalin selama dua jam setengah.

"Syukur Alhamdulillah... Bella dah selamat bersalin. Terima kasih sangat kepada yang sentiasa mendoakan Bella. Yay... ini merupakan swafoto pertama kita bersama. Sampai hospital tadi 3.30 pagi, baby princess saya keluar pukul 6.10 pagi. Alhamdulillah... (abang dulu satu jam setengah, adik ini dua jam setengah)," kata Bella.

Klik untuk gambar besar

Bella turut berkongsi swafoto pertama dia bersama anak keduanya yang ditutup wajah di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang juga mendoakan agar Bella dan bayinya dalam keadaan baik.

Untuk makluman, Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: