20 July 2020

ARDELL GEMBIRA BERJAYA HABISKAN PANTANG 44 HARI: "YAY DAH MERDEKA"



Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon dan usahawan Ardell Aryana telah meluahkan rasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya matanya yang pertama. Dalam satu entri tersebut, Ardell turut berkongsi kisah sewaktu dia masih di dalam pantang kepada mereka yang sering bertanya tentang perkara tersebut kepadanya.



"Throwback hari ke 7 berpantang (Masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi. Sekarang kuss semangat) Alhamdulillah hari ni dah habis 44 hari berpantang kami. Yang tanya saya ambik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka. Bolehlah tanya-tanya tentang service dari diorang," tulis Ardell.

Menurut Ardell, untuk CL dia dari @pantangplus, dan mengambilnya untuk 7 hari sahaja. Selebihnya dia menjaga diri sendiri selepas tenaga kembali pulih: "Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam (yang tengah cari orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus) package ikut masing nak berapa lama di jaga.

Klik untuk gambar besar

"Barang-barang keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing. Jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu," tambah Ardell lagi.

Menurut Ardell lagi, sesiap yang mahu mencari orang yang ingin menjaga, boleh mencubanya, dan anda perlu berehat sahaja: "Selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga, urut, bertungku semua. Yay dah Merdeka," tulis Ardell yang seronok menghabiskan masa pantangnya.

Untuk makluman, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin yang berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada tahun 2019 dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020 yang lalu.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ardell Aryana, NAdzmi Adhwa & Arwa Malaikha Urwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: