20 July 2020

BIRTHDAY YANG SAYU - BILIK SEWA ALINA HASSAN BUAT SAFURA SEBAK, TAK LENA TIDUR



"Happy birthday to you.. Alina Hassan ... malam ini aku tidur dangan rasa sebak didada... semoga Allah melindungi mu sahabat.....kaya itu bukan lah tanda bahagia... namun keselesaan itu harus ada untuk mu," begitulah luah Penyanyi dan pelakon Safura Yaacob.

Semuanya gara-gara dia melihat dan merakam bilik sahabatnya Alina Hassan yang hidup susah selama ini. Sehubungan itu, dia mengaku tidak dapat tidur lena apabila memikirkan keadaan rakan baiknya itu yang menghuni sebuah bilik kecil.

"Saya dengar pelbagai cerita mengenai keperitan hidupnya dan rasa terpanggil serta ralat jika biarkan dia sendirian melaluinya begitu.



"Justeru, pada hari jadinya baru-baru ini, saya tergerak hati nak berjumpa dan bawa dia keluar makan. Selepas makan, saya hantar dia balik dan ketika itu pula terdetik nak jenguk bilik dihuninya.

"Saya minta kebenaran Alina untuk ke biliknya dan dia izinkan. Tersentuh hati saya, apabila melihat biliknya sebegitu rupa. Tapi, apa nak buat kerana itu sahaja yang dia mampu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Apabila tengok biliknya, saya memang terkedu. Malam itu, saya tak boleh tidur kenangkan bagaimana dia boleh tidur di atas tilam nipis dalam bilik yang sempit.

"Saya cakap dengan suami, saya memang tak sangka betapa besar dugaan hidup Alina sekarang. Allah beri dugaan yang hebat itu kepadanya.

Klik untuk gambar besar

"Apapun, dia pernah berusaha minta rumah untuk disewa, tapi tak juga dapat-dapat. Sebagai kawan, mengapa tidak saya usahakan sesuatu untuk sama-sama membantu dia," tambahnya yang mengambil rakaman video bilik Alina dan memberikannya kepada Presiden Konsortium Irama, Ayob Majid untuk mendapatkan bantuan.

"Saya dengar ada artis yang dapat rumah, tapi tak tinggal di situ. Jadi, adalah lebih baik jika rumah berkenaan diberikan kepada Alina yang sangat memerlukannya.

"Bukan saja golongan artis, tetapi ada juga kebanyakan orang di luar sana yang mempunyai kewangan kukuh, tapi boleh tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Oleh itu, saya minta Ayob percepatkan cari bantuan untuk Alina kerana tak sanggup tengok dia terus tinggal dalam bilik itu," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Didi Astillah

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: