20 July 2020

ISU TAK DAPAT SOLAT JUMAAT : "SAYA BUKAN PATI" - MAT DAN



"Saya faham abang Rela jalankan tugas dia. Saya cuma soal mengenai perkara itu. Shopping Mall saya boleh masuk, semua tempat boleh. Kenapa masjid tak boleh masuk?

"Saya bukan orang PATI, saya bukan di depoh Imigrisen yang ditahan. Penularan kes tinggi dengan bukan warganegara saya tak pasti. Siapa yang cakap saya tak hormat Malaysia. Anda silap. Benda itu menyakitkan hati saya," demikian jawab Mat Dan memberi penjelasan mengenai isu solat Jumaat apabila dia dikritik hebat oleh netizen baru-baru ini.



Dakwanya, bukan dia tidak menghormati Malaysia, tetapi hanya meluahkan apa yang dirasanya benar.

Namun begitu, Mat Dan memohon maaf kepada abang Rela jika video itu buat dia tersinggung. Dakwanya, video tersebut tidak ditujukan secara langsung kepada abang Rela.

"Saya mohon maaf pada Abang Rela cuma saya minta untuk melihat kembali SOP yang ditulis. Saya tahu ramai warganegara tak dapat solat cuma dalam Islam tak kira IC warna apa. Saya cuma nak solat Jumaat je, jahat sangat ke?" ujarnya dipetik sebagai berkata yang turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan yang berjaya memerangi Covid-19 di Malaysia.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: