19 July 2020

BARU USIA 11 TAHUN, KOWACHEE MUNCUL JUARA MEGASTAR 2020



Meskipun baru berusia 11 tahun, Kowachee, muncul sebagai juara Ceria Megastar 2020 menerusi persembahan tarian lagu Tokyo Drift dan Dhoom. Adik ini membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000, baucer tajaan Legoland berjumlah RM1,000 tajaan Legoland, pingat 'Star of The Week' dan trofi setelah mengalahkan tiga peserta lain.



Sementara Nana, 14, pula muncul sebagai naib juara dan membawa pulang RM15,000 serta trofi, manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi Adinda, 15, dan Ija, 17, yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 serta trofi.

Untuk info, Ceria Megastar 2020 dihoskan Nabil Ahmad manakala Zizan Razak dan Ernie Zakri menjadi juri tetap. Juri jemputan pula ialah Datuk AC Mizal.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: