19 July 2020

FOTO-FOTO SEKITAR KELAHIRAN ANAK KEDUA BELLA ASTILLAH



Semua sedia maklum mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi perempuan di sebuah hospital pada pukul 6.10 pagi semalam. Bella menerusi laman InstaStory miliknya telah berkongsi beberapa foto selepas kelahiran anak keduanya.



Ibu kepada Bella iaitu Eina Astillah menerusi InstaStory turut berkongsi foto serta ucapan kepada yang mendoakan agar urusan bersalin anaknya dipermudahkan, selain meluahkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

Untuk makluman, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Bella Astillah & Eina Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: