19 July 2020

KEAKRABAN CHEF WAN DENGAN IBU DIPUJI RAMAI, KAGUM CARA LAYANAN



Bagi siapa yang sering mengikuti laman sosial Datuk Redzuawan Ismail atau panggilan mesranya Chef Wan, pasti akan tahu bahawa tukang masak terkenal itu sering memuat naik perkembangan terkini mengenai ahli keluarganya. Chef Wan sememangnya dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan dan seorang yang penyayang apabila tiba mengenai ahli keluarganya.



Baru-baru ini, Chef Wan ada memuat naik video memaparkan keakrabannya dengan insan paling dikasihinya, tidak lain tidak bukan ibunya sendiri iaitu Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani. Beliau turut berkongsi mengenai gelagat Cik Ani yang sering saja membuat perkara tidak mengikut masa dan ketika.

Cerita Chef Wan lagi, ketika cuba menidurkan ibunya, dia berbaring di sebelah. Rupa-rupanya dia yang terlebih dulu tertidur berbanding ibunya itu: "Asyik nak makan, Cik Ani nak tidur. Suruh tidur nak juga mengadap TV lama. 3.30pm you need your afternoon nap mother.

Klik untuk gambar besar

"Ahhh so wonderful to be semi retire spending more time with my mother. Alhamdulilah, kita dua-dua dah reput ni. Tidur kan emak semalam sleeping next to her in the end I was the one who fall asleep first. Emak asyik main-main dengan gigi palsu dia sekejap keluar lepas tu masuk balik. Ada bunyi lagi.. krap krup.. krap krup," tulis Chef Wan.

Video tersebut telah dimuat naik di laman Instagram milik Chef Wan dan ternyata, entri tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata kagum melihat kasih sayang yang dicurahkan Chef Wan kepada ibunya.

Ramai yang memuji keakraban dan layanan istimewa yang diberikan Chef Wan untuk ibunya itu. Ini kerana, Chef Wan tidak pernah lekang memberikan perhatian dan sering memenuhi kehendak ibunya yang tersayang.


Malah, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Chef Wan di atas layanan baik yang diberikan kepada ibunya itu: "Alhamdulillah. Sayang betui chef dgn ibu chef. Semoga syurga tempat anak yang menyayangi ibunya macam ni. Untung ibu chef dapat anak yang terlalu syg kat dia," tulis putri_langkawi.

"Walaupun ramai mengata chef wan, rezeki tetap murah. Rezeki dari jaga mak, jaga ex wife dan jaga semua fan chef wan. Semoga panjang umur both chef wan dan cik ani," komen farasul. - "Suka sangat tengok, semoga syurga yang tertinggi untuk chefwan & ibu tercinta. Aamiin," tulis wani.flower.

Untuk makluman, Chef Wan pernah berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dan mempunyai dua orang anak, pelakon dan usahawan Serina dan Muhammad Nazri yang juga merupakan seorang chef.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chef Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: