03 July 2020

BEKAS PESERTA 'KILAUAN EMAS' KEMBALI KE RAHMATULLAH


Masihkah anda ingat dengan Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar, 45, peserta Kilauan Emas musim ke-5 terbitan Astro, dan pernah menjadi penyanyi Kumpulan Storm?

Terkini, penyanyi berbakat itu telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, 8.30 malam semalam akibat masalah paru-paru.

"Petang tadi dia mengadu penat, saya bawa dia ke HSB dan dia terus dirawat di zon merah... Doktor beritahu paru-parunya sudah rosak.





"Semasa dia menghembuskan nafas terakhir tadi saya ada di sisinya, dia pergi dengan tenang," ujar isterinya, Norhayati Saad, 45, mengenai arwah suaminya yang lebih dikenali sebagai Hasbi yang merasa tidak sihat lima hari lalu.

"Sebenarnya pagi tadi kami baru tiba dari kampung saya di Serada, Kuala Terengganu, selalunya dia pergi ke mana-mana pun akan bawa gitar bersama tapi malam ini arwah tinggalkan gitar di rumah orang tua saya.

"Arwah cakap ambil dan simpan gitar ini untuk kenangan saya, saya ingatkan dia hanya melawak tapi tak sangka dia betul-betul tinggalkan gitar itu di sana," tambahnya yang mendirikan rumah tangga bersama Hasbi 10 tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Dia masih terkejut dengan pemergian Allahyarham berikutan suaminya itu seorang yang sentiasa ceria dan suka berjenaka. Arwah sebelum ini katanya menyara keluarga dengan menjadi penyanyi tetap di Keriang Hill, Alor Setar.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini namun belum dapat dipastikan lokasi tanah perkuburan.

Al-Fatihah!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: