03 July 2020

WAW...! BARU USIA 12 TAHUN, ALYSSA DAH DAPAT BELI TOYOTA VELLFIRE RM250,000


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu!

Demikianlah halnya dengan penyanyai dan pelakon cilik, Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu 'cover' di YouTube sejak berusia empat tahun. Dia kini berjaya membeli kereta idamannya, Toyota Vellfire yang dianggarkan bernilai RM250,000.

"Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube.





"Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja keras.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia.

"Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.

"Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton," tambahnya.

Untuk makluman, Alyssa adalah selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain.

Tahniah dik!





         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: