03 July 2020

UNCLE KENTANG SEDEKAH RM60, DIBALAS 500 KILO IKAN SEGAR


"Aku terkejut. Telefon berdering banyak kali aku tak sempat layan. Dalam phone Covid Bagan Serai.

"I letak nombor itu sebagai penerima bantuan Covid. Beliau hanya mohon makanan sikit untuk musim Covid. Aku pun lepaskan RM 60 untuk beliau kerana masa itu ramai yang mohon.

"Hari ini 2/7/2020 aku terima satu panggilan telefon. Aku nak derma 500 kilo ikan pelbagai jenis segar kepada hang kata beliau.





"Terkejut aku. Kamu ni siapa? Jawab beliau. Aku orang yang pernah hang bantu semasa aku kelaparan. Terima kasih kerana bantu aku pada musim Covid.

"Ya Tuhan… Sedekah tak akan memiskinkan kamu… Pasal aku lepaskan bantuan RM 60 kepada beliau, kini beliau nak derma ikan 500 kilo kepada saya setiap bulan sekiranya tangkapan ikan mencukupi. Dia pulak suruh aku agih kepada orang susah.

"Inilah kuasa sedekah. Terima kasih semua," demikian kongsi uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng mengenai kisah dia mendapat ‘sedekah’ lebih besar setelah bersedekah RM60.

Semuanya bermula apabila dia memberi sedekah RM60 kepada seorang individu sebagai bantuan semasa kegawatan akibat COVID-19. Tanpa diduganya, individu tersebut kemudian telah membalas sedekahnya dengan memberi 500 kilo ikan segar.


kredit: Uncle Kentang

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: