03 July 2020

LEPAS UEL BERI BANTUAN, PUSAT ZAKAT PULA BERI RUMAH PADA TOK' KI


Semalam, kita telah membaca dan melihat bagaimana Ustaz Ebit Lew tampil memberi bantuan segera pada penyanyi veteran Tok' Ki yang mendiami rumah uzur di Gombak serta terpaksa menjaga isterinya yang sedang sakit.

Terkini, kediamannya itu dikunjungi pula oleh pihak Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dan anggota Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Alhamdulillah, Pihak Zakat Selangor telah menemui seorang artis yang baru-baru ini tular berkaitan artis veteran yang hidup dalam kesusahan di pondok di dalam hutan sekitar Gombak, Selangor.





"Alhamdulillah, pihak Zakat Selangor telah menemui seorang artis yang baru-baru ini tular berkaitan artis veteran yang hidup dalam kesusahan di pondok di dalam hutan sekitar Gombak, Selangor.

"Beliau merupakan To’ Ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Bin Mansor berusia 53 tahun. "Beliau telah menetap di pondok kecil dipinggir hutan di Batu 12, Gombak sejak setahun lalu setelah diusir dari rumah sewanya di sekitar Kuala Lumpur.

"Pada 10hb Jun 2020, beliau dan isteri telah mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari Gombak ke Pandan Indah.

Klik untuk gambar besar


"Kemalangan tersebut mengakibatkan pergerakan isteri terbatas kerana mengalami patah tulang pinggulnya dan masih menjalani rawatan susulan di hospital.

"Oleh itu, ditawarkan bantuan sewa rumah disekitar pondok tersebut kerana bagi beliau, dipondok itu akan memberi ilham dan inspirasi kepada beliau untuk meneruskan karyanya," kongsi Ustaz Khairu Zaman, Lembaga Zakat Selangor Daerah Gombak.

Menurutnya, Selain Zakat Selangor, mereka juga menerima bantuan dari pelbagai agensi lain bagi mengurangkan beban mereka sejak kemalangan kerana tiada sumber pendapatan.



"Didoakan semoga mereka dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dan ketabahan iman.

"Beliau akan disyorkan sebagai Asnaf Fakir Miskin sementara di Lembaga Zakat Selangor. Disyorkan juga bantuan sewa rumah bulanan dan bantuan kewangan bulanan bagi membantu beliau dan isteri dalam meneruskan kehidupan ini. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat menghilangkan sedikit keresahan yang beliau hadapi.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pengeluar zakat. Zakat anda telah kami salurkan kepada mereka yang memerlukan," tambahnya.




Kredit : Ustaz Khairu Zaman / Gambar: Lembaga Zakat Selangor

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: