22 July 2020

BERNIAGA CEMPEDAK GORENG - BALU ABAM TAK MENANG TANGAN



"Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang. Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya.



"Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga," demikian kata balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, yang menyatakan dia kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.

Ketika dihubungi, Hidayah berkata dia sendiri turun padang menjual bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor. Tambah Hidayah, dia bersyukur dengan sambutan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus kunjung untuk membeli.

Klik untuk gambar besar

"Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan. Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya," tuturnya lagi.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas. Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun satu bulan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nurhidayah Mohd Ali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: