22 July 2020

BOLEH MENGAJI AL-QURAN, BERIBADAH BERSAMA-SAMA - CALON SUAMI YANG DICARI ERRA



Pelakon Erra Fazira mengakui di usia kini lebih memberikan prioriti kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, malah langsung tidak menolak seadainya jodoh tiba pada masa sama. Menurut Erra, selain matang dari segi pemikiran, beliau juga dikhabarkan mahukan calon suami yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.



"Sama seperti kematangan usia pun, saya mahukan calon suami yang boleh bersama-sama mengejar dunia dan akhir seiring. Ada masanya bekerja bersama-sama dan ada ketikanya boleh mengaji al-Quran serta beribadah bersama-sama," katanya.

Ujar Erra, beliau sentiasa mahu mencari pasangan yang bukan dalam kelompok penggiat seni namun sering berjodohan dengan yang sebaliknya. Untuk rekod, Erra sebelum ini pernah diijabkabulkan dengan penyanyi dan pelakon Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun jodoh tidak berpanjangan, rumah tangga pasangan ini disahkan hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.

Biarpun begitu, Erra kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, namun episod duka bagai berulang kembali apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata bernama Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: