01 July 2020

BILA RAMBUT MAREAM DIPOTONG GAYA 'BOYISH' OLEH SEPUPU - FARAH LEE TERKEJUT, TAK TAHU NAK NANGIS ATAU GELAK


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar iaitu Farah Lee telah berkongsi foto terkini anak perempuannya, Maream Esabel yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek.





Menerusi foto tersebut, Maream bersama sepupunya, Orked masing-masing menggunting rambut dengan gaya potongan yang mencuit hati. Entri tersebut telah meraih hampir 30,000 likes.

"Maream: Orked wants to cut my hair. Orked: Because Maream wants hair like boys. Omma: ...

"Taktau nak nangis ke nak gelak. 30 minit gak aaa omma speechless taktau nak cakap apa. Selama ni tengok anak orang je main potong2 rambut.

Klik untuk gambar besar


"Anak sendiri dan cousin, complete macam kedai. Dia ingat kedai gunting rambut still belum boleh bukak kot.

"Huwaaaaa tolong cantum balik hati omma yang berkecai ni 😫😫😫. [5years10months] #mareamesabel," tulis Farah.

Sementara itu, rata-rata terhibur dengan telatah kanak-kanak perempuan berkenaan. Alahai comel pula tengok Maream dengan gaya terbaru itu. Ia pasti menjadi satu kenangan bagi Maream untuk diceritakan apabila sudah meningkat dewasa kelak.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Farah Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: