01 July 2020

NOH SALLEH DEDIKASI UCAPAN HARI LAHIR BUAT ISTERI: "LONG LIVE THE QUEEN, I LOVE YOU"



"Selamat Hari Jadi & Long Live The Queen, I love you," demikianlah tulis penyanyi Noh Salleh secara ringkas di laman Instagram yang mendedikasikan ucapan sempena hari lahir isterinya, Mizz Nina hari ini.



Dalam entri yang sama, Noh turut berkongsi foto bersama isteri tercintanya itu. Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Noh turut menulis ucapan istimewa buat Mizz Nina, tidak kurang beberapa rakan selebriti.

Antara rakan industri yang turut menulis ucapan adalah Nabila Huda dan Yuna. Terdahulu, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noh Salleh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: